Duniaku TeknokratPilihan Editor

Bernard Arnault Manusia Paling Kaya Tahun Ini

Hartawan barangan mewah Perancis, Bernard Arnault yang menerajui syarikat mega LVMH Moet Hennessy Louis Vuitton (LVMH), mengatasi usahawan Amerika Syarikat (AS), Elon Musk dalam senarai teratas bilionair paling kaya Forbes di dunia tahun ini, demikian menurut Sputnik memetik laporan majalah itu hari ini.

Forbes menganggarkan bilionair berusia 74 tahun itu bernilai AS$211 bilion, berbanding AS$180 bilion yang dimiliki oleh pelabur teknologi, Musk.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LVMH, Arnault sebelum ini berada di belakang Musk dan pengasas Amazon, Jeff Bezos sebagai manusia ketiga paling kaya sejak tiga tahun lalu, namun menambah AS$53 bilion nilai kekayaan sejak 12 bulan lalu, berikutan peningkatan 35 peratus saham LVMH.

Gergasi barangan mewah itu memiliki lebih daripada 70 jenama, seperti Louis Vuitton, Christian Dior, Tiffany, Sephora, Givenchy, dan Marc Jacobs.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close