Kedai RuncitPilihan Editor

BlackBerry Jual Paten Mudah Alih Pada Harga RM4 Bilion

BlackBerry Ltd mengumumkan akan menjual paten, terutamanya yang berkaitan dengan peralatan mudah alih, pada harga sehingga AS$900 juta (RM4 bilion) selepas syarikat perisian Kanada itu membatalkan perjanjian terdahulu bersama Catapult IP Innovations Inc.

Malikie Innovations Ltd akan membeli paten berkenaan dan membayar AS$170 juta tunai apabila urus niaga dimuktamadkan, dan AS$30 juta tiga tahun kemudian.

BlackBerry juga akan mendapat royalti tunai tahunan daripada keuntungan dijana daripada paten berkenaan, yang antaranya berkaitan dengan khidmat pesanan dan rangkaian tanpa wayar.

Malikie adalah unit baru ditubuhkan oleh firma penjanaan hasil hartanah, Key Patent Innovations Ltd.

“Catapult tidak berjaya mendapatkan pinjaman yang akan membolehkannya memuktamadkan transaksi diumumkan sebelum ini dengan terma dipinda yang boleh diterima BlackBerry,” kata syarikat Kanada itu dalam satu kenyataan.

Pernah dikenali kerana telefon keluarannya mempunyai papan kekunci fizikal kecil QWERTY dan perkhidmatan pesanan segera BBM, perniagaan teras BlackBerry hari ini adalah keselamatan siber serta perisian digunakan oleh pengeluar kereta.

Tahun lalu, syarikat itu menghentikan perkhidmatan bagi telefon pintar, selepas kehilangan pasaran selama beberapa tahun kepada iPhone keluaran Apple dan peralatan keluaran pesaing, Android. – REUTERS

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close