Kedai RuncitPilihan Editor

PEMERKASA+ Bantu Usahawan Mikro

Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) akan membantu usahawan termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), mengekalkan daya tahan perniagaan sepanjang sekatan pergerakan penuh selama dua minggu, bermula hari ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata PEMERKASA+ berlandaskan tiga matlamat termasuk menyokong kelangsungan perniagaan, satu langkah tepat bagi membantu golongan usahawan ini.

Beliau berkata, terdapat 13 inisiatif di bawah PEMERKASA+ yang akan memanfaatkan golongan usahawan terkesan, termasuk bantuan pinjaman bank bersasar bagi PMKS yang tidak dibenarkan beroperasi serta diskaun 30 peratus sewaan premis melalui Program MARA Prihatin.

“PMKS memberi sumbangan yang amat signifikan dalam pembangunan sosio-ekonomi negara, ia menyumbang kepada hampir separuh daripada guna tenaga di negara ini, iaitu sebanyak 7.3 juta orang.

“Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyokong penuh pemberian insentif itu termasuk bantuan geran dan pembiayaan berjumlah RM11.5 juta yang pastinya akan memanfaatkan usahawan,” katanya dalam kenyataan, di sini.

 

Penjaja tepi jalan terkesan dengan sekatan pergerakan penuh. - Gambar NSTP/AZHAR RAMLI
Penjaja tepi jalan terkesan dengan sekatan pergerakan penuh. – Gambar NSTP/AZHAR RAMLI

 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, malam tadi mengumumkan inisiatif PEMERKASA+ bagi membantu meredakan cabaran dihadapi rakyat, susulan pelaksanaan fasa pertama sekatan pergerakan penuh, bermula hari ini.

Wan Junaidi berkata, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi komited dan bersedia memastikan pelaksanaan inisiatif diumumkan sampai kepada golongan usahawan yang terkesan.

“Selain PMKS, golongan usahawan informal juga antara yang terjejas teruk kerana tidak mempunyai simpanan dan aliran tunai yang mencukupi, berdasarkan kaji selidik dilaksanakan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi terhadap usahawan pelbagai kategori,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close