Dimensi BisnesPilihan Editor

BACALAH AUTO: Pelaburan RM30 Bilion Geely Lembaran Baru Ekosistem EV Negara

Syarikat automotif China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) akan melabur RM30 bilion bagi pembangunan dan pengkomersilan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, Perak.

Ia bakal membuka lembaran baharu ekosistem penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata AHTV itu akan merangkumi rantaian nilai automotif dan mobiliti meluas, merangkumi pusat penyelidikan, pembangunan global berteknologi tinggi, perkhidmatan sokongan dan ekosistem berkaitan untuk industri kenderaan tenaga baharu di Malaysia.

Pada sidang media mengenai hasil lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China hari ini, Chang berkata pelaburan Geely itu adalah seiring dengan kerangka strategik pembangunan EV dalam negara yang dibangunkan Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Lih Kang berkata dua lagi syarikat EV dari China, China Harmony Auto Holding Limited dan GAC AION New Energy Automobile Co Ltd juga menunjukkan minat untuk melabur dalam pembangunan EV negara, wakil mereka akan berada di Malaysia pada 8 April ini bagi meninjau ekosistem EV.

Selain itu, MOSTI akan menerima pelaburan berjumlah RM2.5 bilion dari DC-Sciences Co Ltd, syarikat dari China untuk pembangunan pusat data di Sedenak, Johor.

Menjelaskan mengenai lawatan rasmi Perdana Menteri ke China baru-baru ini, Chang berkata Malaysia meraih komitmen pelaburan tertinggi dalam sejarah, iaitu berjumlah RM170 bilion daripada pelabur China, hasil pemeteraian 19 memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat Malaysia dengan China.

“Keseluruhan jumlah pelaburan yang diterima MOSTI adalah RM32.5 bilion daripada jumlah RM170 bilion yang diterima negara hasil lawatan Perdana Menteri ke China,” kata Lih Kang yang turut menyifatkan lawatan tersebut sebagai paling berjaya. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close