Duniaku TeknokratPilihan EditorTurun Naik

“Buatlah Special Sikit” – Rahsia Agung 23 Tahun Kejayaan Berterusan Pengasas Bawal Exclusive

Ikhtiar itu penting barulah kejayaan yang unggul menyusul kemudiannya

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

“Maaf ya Uncle (Wong).” kata si suami.

“Sewa itu saya janji… saya akan bayar secepat mungkin ya,” dengan nada yang perlahan dlafazkan si suami itu.

Sambil memandang kepada pasangan suami isteri itu, Uncle Wong menenangkan situasi.

” Tak payah risau la.

“Nanti kamu ada duit baru bayar Uncle.

“Tapi… kau pasti nak tutup ke ?,” kata Uncle sambil perasaannya itu masih ingin tertanya-tanya lagi.

“Susah la Uncle.” ulang si suami.

Hurmmmmm, mengeluh pendek Uncle Wong sambil berkata, “sikit-sikit susah pun tak boleh tahan ?

“Kalau semua orang pun jual tudung….buatlah tudung kau “SPECIAL SIKIT”.

Hening seketika waktu itu, seolah-olah masing-masing terfikir sejenak.

“SPECIAL sikit,” perlahan nada yang terbit dari mulut si suami sambil wajah si suami itu mula menampakkan sesuatu ilham yang terbit.

Sambil melayan fikiran kecil itu, tak semena-mena terlihat satu iklan kecil Swarovski pada helaian akhbar terletak di atas meja Uncle Wong.

“Ya ya “SPECIAL,” ujar perlahan lagi si suami sambil bahu kanannya di tepuk beberapa kali oleh Uncle Wong.

Riak muka si suami itu menampakkan kelegaan sedikit dalam kerisauan sambil memandang si isteri yang tekun mendengar sejak dari awal dalam keadaan sarat mengandung.

Sesambil itu si suami mengusap tangan si isteri yang sentiasa memegang erat lengan tangan si suami, mana tidaknya susah senang biarlah bersama-sama, begitulah perasaan yang bermain-main di hatinya.

Diimbau kembali, pada waktu 1998 ketika itu, si isteri yang memanggil diri mereka mama dan si suaminya, papa, baharu memulakan perniagaan dalam kegawatan ekonomi sedang melanda negara.

Dengan alahan yang sangat teruk, mama gigih mencari rezeki.

Masa tu bukan kemewahan yang mama dan papa cari tetapi hanyalah sesuap nasi.

Boleh dikatakan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Berhujan berpanas, menolak troli barang jualan untuk berniaga di pasar malam, telah menjadi kerja yang biasa mama melakukan ketika “abang dalam kandungan”.

Besarnya ujian Allah SWT buat mama dan papa.

Walaupun sudah berusaha keras siang dan malam, tudung yang dijual tidak laku-laku jua. Tidak mendapat sambutan sebab kita menjual tudung yang sama dengan peniaga lain kerana pada ketika itu tiada lagi jenama tudung di Malaysia.

Teringat waktu itu, semua peniaga mengambil barang jualan dari pembekal yang sama.

“Waktu itu kita menjual produk yang sama, malahan kemahiran pun tiada, pengalaman tiada, modal tiada tentu sekali malahan agak susah untuk mendapatkan pelanggan,” terkenang semula si isteri.

Ketika kandungan mama masuk bulan keenam, duit modal dah habis, sewa kedai tertunggak, sampai pada satu hari nak makan pun duit berbaki hanya RM4.

Ketika mengandungkan “abang”, mama mengidam buah manggis pun tidak mampu nak beli.

Namun mama yakin doa seorang ibu yang sedang mengandung dan sedang diuji dengan kesusahan hidup, Allah SWT akan memakbulkan.

“Semasa “Abang” memasuki tujuh bulan dalam kandungan, pada ketika itu, papa mendapat ilham menjual tudung bawal bertatahkan kristal Swarovski.

“Allah Maha Mendengar, Allah Maha Melihat usaha hambaNya, tudung-tudung yang papa buat dalam bilik sewa laris di pasaran.

“Nak dipendekkan cerita lahir saja “Abang” ke dunia ini, rezeki keluarga melimpah ruah.

Tiada apa-apa pun diri kita ini, selain meratap, merintih, bersujud kita merendah diri dan betapa lemahnya kita sebagai hambanya lalu hendaknya kita terus berdoa dan memohon kepada sang Pencipta-NYA, bahawa dialah SEGALA-GALANYA.

Telah dipesan dalam kitab yang AGUNG dan amalan AGUNG kekasih Allah segala penghulu Rasul dan para Nabi serta umat sekalian, ikhtiar itu penting barulah kejayaan yang unggul menyusul kemudiannya.

 

Itulah kisah CINTA AGUNG pasangan jutawan yang juga pemilik BAWAL EXCLUSIVE, Haliza Maysuri dan Mohd Rosli Awang yang sentiasa berpegangkan andainya setiap perkara itu sedang diuji – teruskan bertahan dan bersabar, malahan percaya kepada kekuatan Allah SWT.

“Tidak pernah termimpi, hanya nekad dan tekad bermula dari 20 helai tudung bawal dan empat paket kristal Swarovski.

“Dimulakan dengan suami saya buat bisnes di dalam bilik sewa dan pada waktu siang pula kami berdua berniaga dalam arkid kedai kecil di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada setiap hari dan pada hari Sabtu pula kami berniaga di pasar malam di kawasan yang sama,” kata Haliza menceritakan pengalaman yang tidak ternilai harganya.

Genap 17 Disember 2021 ini, penat lelah, jerit perih, susah payah, keperitan kehidupan dan cabaran yang tidak terduga, segala-galanya itu telah menceritakan selama 23 tahun.

““CINTA AGUNG” saya kepada suami, ahli keluarga, kakitangan BAWAL EXCLUSIVE serta sebagai antara pemborong kristal Swarovski terbesar di dunia dan pastinya kepada Allah SWT,” pesanan padu Haliza. – BACALAHMALAYSIA.MY/KREDIT FOTO IG HALIZA MAYSURI/KREDIT FOTO VIDEO MAYBANK SME

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close