Dimensi BisnesPilihan Editor

Cagamas Muktamad Terbitan Bon RM1 Bilion

Cagamas Bhd berjaya menetapkan harga Nota Jangka Sederhana Konvensional (CMTN) lima tahun bernilai RM1 bilion untuk membiayai pembelian pinjaman perumahan daripada sistem kewangan domestik.

Urus niaga itu mewakili terbitan CMTN lima tahun yang terbesar oleh Perbadanan Gadai Janji Nasional Malaysia sejak Disember 2017.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Cagamas, Datuk Chung Chee Leong, berkata kejayaan memuktamadkan bon itu mencerminkan daya tahan terhadap situasi pasaran yang tidak menentu berikutan tekanan yang terus meningkat dalam hasil bon domestik.

“Ini mencerminkan pergerakan bon global apabila lebih banyak negara beralih secara progresif ke arah pengurusan endemik COVID-19.

“CMTN, ditetapkan harga melalui penempatan persendirian, berjaya ditetapkan harga dengan tebaran 22 mata asas melebihi Sekuriti Kerajaan Malaysia yang setara,” katanya dalam kenyataan.

Terbitan baharu itu menjadikan terbitan agregat Cagamas bagi tahun ini kepada RM5.3 bilion.

Chee Leong berkata, kertas itu yang akan ditebus pada nilai nominal penuhnya selepas tempoh matang, adalah obligasi tidak bercagar syarikat, berada di kedudukan setara (pari passu) dengan semua obligasi tidak bercagar sedia ada Cagamas. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close