GovernansPilihan Editor

Peranan Rakan Strategik Media Sebagai Penangkis Berita Palsu Bersifat Serangan – Kata Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

“Peranan rakan strategik (media) adalah sebagai penangkis berita palsu yang bersifat serangan,” kata Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Sebagai contoh, kementerian sedang menjalankan Kempen Sawit Anugerah Tuhan yang bertujuan memartabatkan industri sawit selain menangani kempen anti sawit yang dilancarkan Kesatuan Eropah.

Sehubungan itu, Dr Mohd Khairuddin berkata pengamal media perlu menjadi rakan strategik kepada Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bagi memastikan setiap polisi dan dasar yang dilaksanakan dapat disampaikan kepada rakyat.

“Hubungan antara pengamal media dan kementerian adalah seperti jambatan bagi membolehkan informasi dihebahkan kepada rakyat.

“Tugas media memberi penjelasan kepada rakyat adalah penting,” katanya pada majlis berbuka puasa kementeriannya bersama media di sini.

Untuk rekod,  sebanyak 150 berita mengenai Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dilaporkan media pada bulan lalu..

Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan, majlis yang dianjurkan oleh Unit Komunikasi Korporat kementerian ini bertujuan menghargai jasa para pengamal media yang sentiasa memberikan sokongan serta menyebar luas berita berkaitan KPPK khususnya.

 

Turut hadir mengimarahkan majlis berbuka puasa ialah timbalan-timbalan Menteri, Datuk Willie Mongin dan Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng dan Ketua Setiausaha Datuk Ravi Muthayah.

Lebih 60 pengamal media turut bersama di majlis berbuka puasa berkenaan. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close