Dimensi Bisnes

Cashless Carnival @ NADI Kampung Langkuas, Papar Dilaksanakan Pada Hari Bersama Komuniti NADI

Cashless Carnival @ NADI telah dianjurkan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Langkuas, Papar sebagai sebahagian daripada program Hari Bersama Komuniti NADI pada 29 Julai 2025 lalu.

Inisiatif ini merupakan usaha bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan rakan strategik untuk memupuk kefahaman serta meningkatkan penerimaan komuniti terhadap transaksi tanpa tunai, khususnya dalam kalangan usahawan tempatan ke arah pendigitalan perniagaan.

Karnival ini menghimpunkan pelbagai rakan strategik termasuk Bank Negara Malaysia, Bank Islam (BIMB), Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank, AEON Bank, YONO, TNG Digital, TM Unifi dan CelcomDigi yang memainkan peranan penting dalam membina ekosistem ekonomi digital negara.

Turut hadir ialah Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad yang berkesempatan melawat reruai usahawan serta bergambar bersama rakan strategik. Program ini menjadi satu langkah penting dalam mengarusperdanakan budaya Cashless Society dalam kehidupan seharian. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close