Kedai RuncitPilihan Editor

3,000 Koperasi Coopmart Disasar Guna Platform Digital

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa) mensasarkan 3,000 kedai koperasi Coopmart menggunakan platform digital sehingga akhir tahun ini dalam urus niaga dijalankan.

Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, platform digital dalam pemborongan dan peruncitan mampu meningkatkan kecekapan sekali gus menghakis peranan orang tengah.

Menurutnya, sehingga kini, 700 koperasi aktif menggunakan platform digital, 1,300 berdaftar manakala 1,000 lagi dijangka berbuat demikian sebelum hujung tahun ini.

Tegas beliau, aktiviti urus niaga keusahawanan menggunakan kaedah moden secara dalam talian berbanding tradisional dapat menjimatkan kos dan meningkatkan keuntungan kerana dikategorikan sebagai sifar kos pemasaran.

“Angkasa bersedia menjadi penggerak aktif menjenamakan 3,000 kedai koperasi ini sebagai Coopmart anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

“Sebagai penyelaras, Angkasa sedia berbincang dengan pemborong bagi mendapatkan tawaran harga barang berpatutan. Nilai barangan RM10,000 sebagai pusingan kredit dibayar terus kepada pemborong,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke kedai runcit Koperasi Al Furqan Kampung Paya Pulai di sini hari ini.

Tambah beliau, bagi meningkatkan nilai tambah, produk keluaran koperasi akan diletakkan pelekat label logo Angkasa di samping logo halal, Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dan lain-lain bertaraf antarabangsa.

“Penjenamaan produk yang dijual di premis Coopmart akan meningkatkan keyakinan pengguna sedia ada dan pengguna baharu yang yakin dengan produk dijual. Kualiti barangan akan menjadi pemangkin kepada peningkatan perolehan koperasi sekali gus potensi dividen lebih tinggi kepada ahli,” katanya. –UTUSAN ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close