Pilihan EditorTwo Cents

KWSP Lebih Arif Menjaga Kebajikan Pencarumnya – LIDAH PENGARANG

 

Jangan panik, jangan resah atau jangan bimbang !

Jangan juga beri komen yang sinis, berbentuk fitnah dan cuba memperlekehkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dek kerana ada gara-gara nak naikan had umur bagi membuat pengeluaran penuh simpanan daripada umur 55 tahun kepada 65 tahun.

Rakyat Malaysia ini kadang-kala kurang membaca, kurang memahami tetapi hendak cepat mentularkan atau nak cepat komen.

Dapat dosa kering tak pasal-pasal.

Dalam hal ini, pembacaan itu penting dan kalau masih tidak faham, perlu diulangi bacaan itu atau tanya pihak berwajib.

Lidah Pengarang menasihatkan pencarum supaya bertenang dan memahami situasi semasa, jangan melenting dalam media sosial baharu, atau kononnya posting tu nak tarik likes atau followers secara mendadak ?

Bukan apa pun, yang hendak melatah sangat tu mengapa kerana ia adalah cadangan Bank Dunia pun !

Mereka sekadar mencadangkan tetapi keputusan dan kebijaksanaan menilai datang dari pihak KWSP dan kerajaan Malaysia.

Lidah Pengarang hendak memberitahu bahawa KWSP adalah model persaraan kewangan paling berjaya di dunia ini dan menjadi contoh dalam kalangan negara maju waima sekali pun.

Jadi jangan bimbang kerana setakat ini Lidah Pengarang percaya akan kebijaksanaan KWSP bahawa belum ada perancangan untuk menaikkan had umur bagi membuat pengeluaran penuh simpanan daripada umur 55 kepada 65 tahun, seperti dicadangkan Bank Dunia.

Dalam satu kenyataan, KWSP memaklumkan tiada perbincangan mengenai cadangan Bank Dunia itu dibuat dengan mana-mana pihak.

KWSP turut memberi jaminan sentiasa berhati-hati dan membuat kajian terperinci dan akan berbincang dengan pencarum serta pihak berkepentingan lain, sebelum membuat sebarang dasar baharu.

Dalam kenyataan itu pun, KWSP mengambil maklum cadangan Bank Dunia untuk menaikkan had umur ahli bagi membuat pengeluaran penuh simpanan dalam Akaun 1 dan 2 daripada umur 55, kepada 65 tahun secara berperingkat.

“KWSP ingin memaklumkan kepada ahli bahawa pada ketika ini, tiada sebarang perbincangan diadakan dengan mana-mana pihak untuk menaikkan had umur bagi pengeluaran itu.

“KWSP juga menekankan bahawa ia sentiasa mengambil langkah secara berhemat dalam menetapkan sebarang dasar penting, termasuk menjalankan kajian mendalam dan mengadakan rundingan bersama ahli serta pihak berkepentingan lain.

“Langkah ini bertujuan memastikan kepentingan ahli sentiasa dilindungi dalam melaksanakan mandat KWSP,” jelas kenyataan itu.

Jelas tak ! Lidah Pengarang pun lega mendengarnya.

Ada dalam satu temuramah baharu-baharu ini dalam media arus perdana, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias memaklumkan pelaburan KWSP dalam segmen berpendapatan tetap seperti sekuriti kerajaan Malaysia (MGS) adalah antara paling selamat kerana ia dijamin kerajaan.

CEO KWSP juga menegaskan, semua pelaburannya dibuat secara profesional dan menepati profil risiko bagi menjamin pulangan jangka panjang kepada pencarumnya.

Malah ketika dunia berdepan krisis, seperti situasi semasa akibat penularan COVID-19, pulangan pelaburan berpendapatan tetap mengimbangi pulangan pelaburan dalam ekuiti, hartanah dan sebagainya yang tidak menentu.

“Penilaian bagi pelaburan dibuat secara terperinci dan melalui proses tadbir urus yang tegas bagi memastikan simpanan pencarum terjamin.

“Ini sekali gus membolehkan KWSP berada dalam kedudukan lebih baik menghadapi ketidaktentuan pasaran dan berpeluang menambah pelaburan dalam aset yang kukuh.

Lidah Pengarang juga antara berjuta pencarum dalam KWSP dan percaya bahawa KWSP tahu dan faham kehendak pencarumnya selaras dengan penubuhan KWSP seperti mana hasrat kerajaan menubuhkan dahulu demi rakyatnya untuk masa depan. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

 

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close