MalaysiaPilihan Editor

Dedahkan Pengalaman Ebit Lew Pada Pelajar UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan menjalin kerjasama dengan Ebit Lew dalam usaha mendedahkan pelajar UPSI kepada bidang kesukarelawanan berdasarkan pengalaman pendakwah terbabit.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata UPSI menerima surat permohonan Ebit Lew secara rasmi untuk bekerjasama membantu pelajar UPSI terutama mereka yang ingin pulang ke kampung selepas prosedur operasi standard (SOP) serta peraturan universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) diikuti.

Mohammad Shatar berkata, Ebit Lew menyewa dua bas untuk menghantar lebih 30 pelajar pulang ke Kelantan dan Terengganu, baharu-baharu ini.

Bas berkenaan dinyahkumankan terlebih dahulu oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) di perkarangan Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) bagi memenuhi SOP seperti disarankan Kementerian Kesihatan (KKM) dan bergerak jam 12.00 tengah malam tadi.

Justeru katanya, UPSI menyambut baik kehadiran Ebit Lew untuk membantu UPSI dengan menghantar pelajar dan bersedia menghantar lagi jika diperlukan, ” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohammad Shatar berkata, kerjasama bukan sahaja dalam bentuk penghantaran pulang pelajar, malah berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kesukarelawanan yang diceburi Ebit Lew.

“UPSI menggalakkan pelajar menceburi bidang kesukarelawanan dan dengan pengalaman Ebit Lew, saya yakin ia dapat membantu pelajar dalam bidang aktiviti kesukarelawanan,” katanya.

Beliau berkata, kegiatan di luar bilik kuliah bukan sahaja mampu meningkatkan ilmu pengetahuan, bahkan kebolehpasaran graduan.

Mohammad Shatar bersama Ebit Lew juga berbincang aktiviti kemasyarakatan yang boleh disertai mahasiswa untuk mengamalkan ilmu dipelajari.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close