MalaysiaPilihan Editor

Cubaan Provokasi, Kehadiran Pesawat Perisik Milik Israel Ke Malaysia – Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Apakah sudah ada cubaan provokasi termasuk keperluan mengancam negara kecil yang bertegas seperti Malaysia termasuk suara lantang oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak segera bagi memaksa Israel menghentikan kezaliman dan penindasan rakyat Palestin yang tidak berperikemanusiaan ?

Ketegasan ini disuarakan Pengerusi Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara, Senator Datuk Razali Idris yang memohon penjelasan daripada Kerajaan berhubung sebuah pesawat Boeing milik Israel yang dikesan merentas ruang udara Putrajaya sebelum mendarat di pangkalan tentera udara negara jiran.

Persoalannya sekarang ialah adakah pesawat mengikut laporan Jurnal Defense Security Asia, jenis Boeing 737-400 bernombor 4X-A00 milik Israel Aerospace Industries-Elta (IAI-Elta) iaitu sebuah syarikat kontraktor berpangkalan di Tel Aviv diberikan kebenaran terbang di ruang udara negara ?

“Rakyat perlukan penjelasan yang segera apatah lagi pesawat ini dikatakan digunapakai sebagai platform ujian peralatan radar dan elektronik termasuk ia direka untuk menampung sistem perisikan semboyan rondaan maritim, perisikan imej, sistem amaran awal udara (AEW) dan sistem perlindungan misil pesawat komersial.

“Malahan Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara memandang serius dalam soal keselamatan dan kesejahteraan rakyat di negara ini, terutama ancaman Israel yang menyasarkan Malaysia, sebagai negara yang lantang memperjuangkan rakyat Palestin dan menentang kezaliman zionisme tentera Israel,” kata Razali yang juga Timbalan Presiden Majlis Senator Malaysia. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close