MalaysiaPilihan Editor

Jangkaan PRU15 Oktober, Elak November & Disember Banjir

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Jangkaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada bulan Oktober ini !

Tidak mungkin berlaku pada bulan November atau Disember !

Ini kerana jangkaan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan, negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan. Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu mengundang risiko berlaku hujan lebat berterusan dan peratusan banjir berskala besar adalah tinggi.

Sudah pastinya akan berlaku pembubaran Parlimen pada bulan ini (Oktober).

Soalnya ialah adakah pembubaran Parlimen itu berlaku sebelum Belanjawan 2023 atau selepas pembentangan Belanjawan 2023 pada 7 Oktober depan ?

Penganalisis politik semasa mengandaikan jangkaan PRU-15 pasti dilangsungkan pada bulan Oktober berdasarkan situasi politik terkini yang semakin hangat diperkatakan.

Malah penganalisa politik juga menjangkakan tidak mungkin berlangsungnya PRU-15 pada November atau Disember kerana ramalan banjir berlaku yang sudah pasti menguatkan andaian asal bahawa PRU-15 pasti berlaku bulan ini (Oktober).

Ada juga yang mengatakan pada bulan Januari 2023 sebagai bulan permulaan yang tenang tetapi agak meleset ramalan itu berdasarkan situasi politik terkini yang memperlihatkan UMNO berpegang teguh bahawa PRU-15 mesti diadakan pada tahun ini juga.

Malam tadi (30 September 2020) memperlihatkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mencapai ketetapan untuk pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU-15 diadakan pada tahun ini juga.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataan yang dibacakan kepada media selepas mesyuarat terbabit berkata, berdasarkan keputusan ini, Perdana Menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.

“Keputusan Mesyuarat ini adalah berasaskan pendirian konsisten UMNO sejak dari awal untuk memulangkan mandat rakyat yang tertangguh akibat Pandemik COVID-19 setelah runtuhnya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana persengketan dalaman politik sesama mereka.”

Sehubungan itu, katanya, semua jentera parti di setiap peringkat adalah diarahkan untuk memuktamadkan segala persiapan yang telah dibuat sebelum ini bagi memasuki fasa pembubaran sehinggalah kepada tarikh PRU ke-15.

“UMNO percaya hanya dengan mengembalikan hak rakyat bagi membolehkan mandat sebenar diperolehi, maka sebuah kerajaan yang stabil dapat dibentuk bagi memulihkan negara khususnya dalam aspek ekonomi yang berkait rapat dengan soal kesejahteraan hidup mereka, disamping beberapa usaha pembaharuan institusi ke arah mewujudkan tadbir urus yang lebih baik buat negara,” katanya lagi.

Terdahulu mesyuarat MKT UMNO yang berlangsung pada malam ini di Ibu Pejabat parti, Menara Dato Onn telah dan dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan dihadiri Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama kepimpinan parti.

Berdasarkan situasi politik terkini, banyak parti politik mula memuktamadkan jentera parti serta gerak kerja di peringkat negeri, bahagian dan akar umbi di seluruh negara.

Pemerhati politik juga mengandaikan nama-nama calon PRU15 sama ada di peringkat kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) mula disenaraiakhirkan untuk diangkat ke pucuk kepimpinan tertinggi parti masing-masing. – BACALAHMALAYSIA.MY/UMNO ONLINE/BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close