Kedai Runcit

DBKL Percepat Proses Lesen Penjaja Dalam Tiga Hari

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah memulakan inisiatif memudahkan proses perniagaan di ibu negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata DBKL juga memperceparkan proses kelulusan lesen perniagaan penjaja, yang hanya mengambil masa tiga hari bekerja selepas dokumen permohonan lengkap diterima.

Walaupun diluluskan dalam masa singkat, Nor Hisham menegaskan DBKL tetap akan pergi ke tapak perniagaan untuk memastikan perniagaan tidak melanggar perjalanan trafik, lalu lintas, kemudahan awam lain serta ketentaraman orang ramai.

“DBKL juga mengambil inisiatif memberikan permit sementara, termasuk untuk tempoh berniaga selama tiga jam bagi peniaga kecil seperti Che Nah yang menerima sendiri lesen itu daripada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, baru-baru ini.

“Untuk Permit sementara PKPP bagi tempoh tiga hingga enam bulan itu, penjaja diberi pilihan sama ada berniaga antara jam 7 pagi hingga 11 pagi; 11 pagi hingga 2 petang; 4 petang hingga 7 malam, atau 7 malam hingga 12 tengah malam.

“Penjaja dibenarkan menggoreng (makanan), termasuk beberapa jenis jualan ringan seperti keropok lekor, pisang goreng dan burger, tetapi terhad kepada satu tungku dapur sahaja.

“Kita juga hanya membenarkan jualan secara bungkus sahaja dan mesti mengosongkan tapak setelah waktu perniagaan tamat,” katanya kepada BH, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil langkah proaktif memudahkan urusan perniagaan di kawasan masing-masing.

Menurut Muhyiddin, antara langkah yang boleh dilakukan PBT adalah seperti mempercepat pengeluaran lesen dan membenarkan lokasi tertentu sebagai tapak perniagaan.

Gesaan Perdana Menteri itu kerana bimbang apabila kira-kira sejuta pekerja di negara ini termasuk golongan belia akan hilang pekerjaan kesan daripada pandemik COVID-19. – BERITA HARIAN

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close