Kedai RuncitPilihan Editor

Pemilik Kedai Sorok Minyak Masak Subsidi Ditahan

Penyamaran dua penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebagai pembeli minyak masak membongkar kegiatan seorang pemilik kedai runcit yang menyimpan sejumlah minyak masak dalam premisnya.

Penahanan lelaki berusia 46 tahun itu dibuat selepas dia enggan menjual minyak masak kepada anggota yang menyamar dengan alasan kedai runcitnya tidak dibuka.

Susulan itu, sekumpulan pegawai dan anggota KPDNHEP dengan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Tok Bali serta Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) membuat serbuan di premis itu di Pasir Tumboh jam 12.45 tengah hari semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Kelantan, Aswadi Jaafar, berkata pemeriksaan dalam kedai runcit menjumpai 71 kotak minyak masak.

“Lelaki itu juga mengaku 1,207 paket minyak masak berkenaan sudah berada di premisnya sejak 19 Julai lalu,” katanya menerusi kenyataan.

Tiga kes dibuka daripada serbuan iaitu menyorok barang kawalan atau memusnahkannya, enggan menjual barang kawalan dan gagal menyelenggara buku stok. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close