Dimensi BisnesPilihan Editor

EcoWorld Malaysia Catat Untung RM45.67 Juta

Keuntungan bersih Eco World Development Group Bhd (EcoWorld Malaysia) meningkat kepada RM45.67 juta pada suku kedua berakhir 30 April 2022 daripada RM42.32 juta pada suku kedua 2021.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, pemaju hartanah itu mengaitkan pendapatan yang lebih tinggi itu dengan jualan yang lebih tinggi dan peratusan projek siap yang telah dicapai, serta realisasi penjimatan kos daripada beberapa fasa yang telah selesai dan hampir selesai.

Perolehan pada suku itu turut menokok kepada RM506.89 juta daripada RM420.46 juta sebelum ini.

Berikutan prestasi positif itu, syarikat telah mengumumkan dividen interim sebanyak 2.0 sen.

Khim Wah berkata, pembukaan sempadan antarabangsa, terutama di antara Malaysia dengan Singapura, membantu meningkatkan permintaan di Iskandar Malaysia, merangsang jualan bagi kawasan perniagaan kumpulan itu.

“Sehingga 31 Mei 2022, jumlah jualan daripada empat kawasan perniagaan kumpulan berjumlah RM447 juta, iaitu 93 peratus daripada jualan tahun penuh yang diraih segmen ini pada tahun kewangan terdahulu,” katanya.

Beliau menambah, EcoWorld Malaysia turut mencari simpanan tanah yang baik untuk mengambil peluang daripada tahap kadar hutang bersih iaitu 0.36 kali setakat 30 April 2022 bagi membolehkan kumpulan memanjangkan lagi jangka hayat pembangunan portfolio semasa bagi projek yang telah matang.

Sehingga 30 April, 2022, tunai dan baki bank EcoWorld Malaysia meningkat kepada RM904.4 juta, manakala pinjaman bersih berkurangan kepada RM1.7 bilion. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close