Kedai RuncitPilihan Editor

Guna TikTok, Facebook Jual Keledek, Pekebun Orang Asli Raih Permintaan Tinggi

Seorang pekebun Orang Asli yang mengusahakan keledek di Kampung Redip, Pos Hau di sini, meraih permintaan tinggi menerusi platform media sosial TikTok dan Facebook.

Hasil kemudahan WiFi yang dipertingkatkan kerajaan di sini membolehkan pekebun, Razali Ayeh, 48, dari suku kaum Temiar berjaya menembusi pasaran lebih luas dan menjangkakan anggaran keuntungan RM5,000 untuk tuaian akan datang.

Razali mula mengusahakan keledek kuning dan ungu sejak tiga bulan lalu dan kini memiliki lebih 4,000 pokok serta bakal memungut hasil sebanyak satu tan apabila semua tanaman itu matang kelak.

“Saya memberanikan diri untuk terjun ke bidang ini (tanaman keledek) selepas mempunyai keyakinan setelah menyertai kursus pertanian anjuran Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Jabatan Pertanian, selepas kecewa kerana kebun pisang berangan dan tanduk, serta tanaman nangka dirosakkan gajah beberapa tahun lalu.

“Saya juga memberi potongan harga kepada pelanggan yang membeli lebih daripada 10 kg pada harga RM4 sekilogram,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada JAKOA kerana menyuntik kembali semangatnya yang hilang selepas kebunnya dimusnahkan gajah dengan menjemput beliau menyertai kursus tersebut di Jabatan Pertanian Besut, Terengganu, tahun lalu. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close