Dimensi BisnesPilihan Editor

TM, Sembilan Syarikat Menara Telekomunikasi Jalin Kerjasama

Telekom Malaysia Bhd (TM), melalui cabang perniagaan borong domestik dan antarabangsa TM Wholesale, telah bekerjasama dengan sembilan penyedia menara telekomunikasi (TowerCos), yang membolehkannya mengakses fasiliti tapak menara telekomunikasi syarikat.

TM berkata kerjasama itu akan membolehkan rangkaian fiber optik berkelajuan tinggi disambungkan ke menara, bagi membolehkan prestasi dan kemampuan rangkaian yang berkualiti tinggi.

Sembilan TowerCos adalah ahli Persatuan Penyedia Infrastruktur Telekomunikasi Malaysia (PPIT), iaitu D’Harmoni Telco Infra Sdn Bhd, Melaka ICT Holdings Sdn Bhd, Perlis Comm Sdn Bhd, Infra Quest Sdn Bhd, Perak Integrated Network Services Sdn Bhd, EdgePoint Towers Sdn. Bhd, PDC Telecommunication Services Sdn Bhd, Desabina Industries Sdn Bhd, dan Yiked Bina Sdn Bhd.

Satu majlis telah diadakan baru-baru ini di Johor Bahru bagi menandakan acara tersebut, dan TM diwakili oleh Naib Presiden Eksekutif TM Wholesale Amar Huzaimi Md Deris.

“Kami komited bagi memastikan industri telekomunikasi nasional dilengkapi dengan sambungan canggih dan penyelesaian infrastruktur fiber yang meluas sebagai pemangkin untuk mempercepatkan penyampaian pengalaman digital berkualiti tinggi kepada semua rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

“Ini akan membolehkan penyedia perkhidmatan memberi perkhidmatan kepada pelanggan mereka dengan kelajuan sambungan yang lebih pantas dan kapasiti lebar jalur yang lebih besar untuk perkhidmatan 4G semasa dan di masa hadapan di seluruh negara.”

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close