Duniaku TeknokratPilihan Editor

Fathul Bari Dilantik Pengerusi Baharu PR1MA

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya dilantik sebagai Pengerusi baharu Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), menggantikan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang kini adalah Menteri Wilayah Persekutuan.

PR1MA dalam satu kenyataan berkata, pelantikannya berkuat kuasa pada 12 November lalu.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Dr Fathul Bari di atas pelantikannya sebagai Pengerusi baharu PR1MA.

“Dengan pelantikan ini, kami di PR1MA yakin dan optimis bahawa Dr Fathul Bari akan memacu pembangunan PR1MA, yang kini berada pada asas yang kukuh, sejajar dengan misinya yang dimandatkan untuk menyediakan perumahan mampu milik dan berkualiti tinggi kepada rakyat Malaysia berpendapatan sederhana,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Mohd Nazri Md Sharif.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close