Pilihan EditorTwo Cents

Setia Diwaktu Senang dan Diwaktu Sukar Adalah Sahabat Sejati

Oleh Faisalludin Yusuff

 

Pada 28.7.2020 adalah merupakan hari yang sangat bersejarah apabila Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Datuk Seri Najib Razak (DSNR).

Butirannya boleh kita baca di dalam media.

Apapun yang berlaku semalam, DSNR masih ada ruang untuk merayu kepada Mahkamah Rayuan dan sekiranya ditolak beliau juga boleh merayu pula ke Mahkamah Persekutuan.

Dalam banyak hal yang berlaku semalam, sikap persahabatan yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (DSAZH) dan pimpinan utama PAS jelas menunjukkan mereka adalah sahabat sejati di waktu senang dan di waktu sukar.

Tidak kiralah apa sahaja pandangan dan dakwaan masyarakat berkaitan DSAZH dan DSNR tetapi pada saya, sikap persahabatan seperti ini memang sukar dicari.

Bahkan kita sendiri belum tentu punya sahabat yang sanggup susah bersama di waktu yang sukar. Sebaliknya teman untuk bersuka ria itu sudah pasti senang dicari.

Imam Al Ghazali di dalam Kitabnya yang Masyhur “Ihya Ulumuddin” di dalam bab “Sifat Sifat yang diperlukan Dalam Memilih Sahabat” telah merujuk kepada kisah Al-Qamah.

Al-Qamah telah berkata kepada anaknya “Wahai anakku! Kiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:-

Jika engkau berbuat bakti kepadanya, dia akan melindungimu. Jika engkau rapatkan persahabat dengannya, dia merupakan hiasan bagi dirimu. Jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, dia mencukupi keperluanmu.

Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan atau bantuan padanya, dia suka menerima dengan rasa terharu.

Jika dia melihat kebaikan daripada dirimu, dia suka menghitungnya dan dianggapnya sangat berguna. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menutup keaiban itu.

Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya, dia akan mengusahakannya. Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta) dia akan menanyakan kesusahanmu. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahanmu (melakukan sesuatu untuk menghilangkan kesusahan tersebut).

Jikalau engkau berkata-kata, dia membenarkan ucapanmu dan selalu mempercayainya. Jikalau engkau menghadapi sesuatu persoalan yang berat, dia pasti membantumu menghadapinya. Jikalau engkau berselisih faham dengannya, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Semoga kita semua diberi rezeki oleh Allah mendapat sahabat setia dan sejati baik di waktu senang mahupun di waktu sukar.

Kerana sahabat juga boleh menjamin kita hidup bahagia di dunia dan di akhirat.

Kepada Allah jualah tempat kita memohon ampun dan bergantung harap. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

  • Penulis ialah seorang peguam muda kampung.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close