Ekonomi Islam & GlobalPilihan Editor

Bank Islam Tawar Khidmat e-Mandate

Bank Islam Malaysia Bhd melalui ejen debit langsung (direct debit) yang dilantiknya, InfaqPay, kini menawarkan perkhidmatan e-Mandate, sebuah platform pungutan pembayaran berulang.

Penyelesaian baharu ini bakal memudahkan pelanggan yang berdaftar sebagai saudagar (merchant) dengan InfaqPay untuk menguruskan proses pungutan pembayaran berulang seperti bil utiliti, premium insurans, keahlian persatuan dan zakat serta derma secara terus daripada akaun mengikut jadual yang ditetapkan.

Kemudahan baharu ini tersedia untuk pelbagai segmen, meliputi badan-badan bukan kerajaan (NGO), persatuan dan kelab, agensi kerajaan, perusahaan kecil dan sederhana, masjid serta sekolah, katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Mohd Muazzam Mohamed berkata melalui e-Mandate, pengurusan pembayaran secara berulang dikendalikan oleh saudagar terlibat secara terus, menjadikan kaedah ini satu pilihan yang lebih mudah, selamat, mesra pengguna serta menjimatkan masa dan tenaga.

Sejak diperkenalkan di pasaran pada 27 April 2021, InfaqPay kini mempunyai 20 saudagar yang berdaftar dengan lebih 3,000 transaksi disempurnakan setakat ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan e-Mandate atau ingin mendaftar sebagai saudagar, boleh hubungi Jabatan Deposit dan Tunai Bank Islam di 03-2690 0900 / 016-9000 755 atau emel ke [email protected] – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close