Duniaku TeknokratPilihan Editor

Menara CelcomDigi Dijual Pada Harga RM450 Juta

Sentral REIT hari ini menandatangani perjanjian jual beli bersyarat (SPA) untuk mengambil alih bangunan pejabat 27 tingkat yang dikenali sebagai Menara CelcomDigi di Petaling Jaya Sentral dengan harga RM450 juta daripada Puncak Wangi Sdn Bhd (PWSB).

PWSB adalah anak syarikat milik penuh Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB).

Sentral dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, cadangan pengambilalihan itu dijangka mengembangkan jumlah saiz asetnya sebanyak 21 peratus daripada RM2.15 bilion setakat 31 Disember 2022, kepada kira-kira RM2.60 bilion, setelah selesai pelaksanaan.

“Pembelian hartanah itu akan dibayar sepenuhnya secara tunai yang akan dikumpulkan melalui gabungan ekuiti dan pembiayaan hutang.

Pengerusi Sentral REIT Management Sdn Bhd, Tan Sri Saw Choo Boon, berkata pengambilalihan itu akan mengembangkan lagi portfolio Sentral daripada segi pendapatan, gabungan penyewa serta penyebaran geografi, dan akan memberikan pulangan yang stabil kepada pemegang unitnya.

“Hartanah ini sesuai dengan portfolio semasa Sentral yang terdiri daripada sembilan hartanah komersial,” katanya lagi. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close