GovernansPilihan Editor

Tiga Skim Baharu Masuk Dalam Senarai Amaran BNM

Bank Negara Malaysia (BNM) mengemaskinikan Senarai Amaran Pengguna Kewangan (FCA) dengan menambah tiga skim baharu yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawahnya.

Tiga skim itu ialah Deet Investment Scheme, D’eet Investment Scheme dan Dinar Edaran Emas Trading Investment Scheme, yang menggunakan laman web yang sama iaitu https://www.deetgroup.com.

“Senarai ini terdiri daripada syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan pentadbiran berkaitan yang ditadbir oleh BNM,” jelasnya menerusi ciapan di Twitter rasmi @BNM_official.

Senarai FCA adalah panduan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai entiti atau skim yang telah disalah anggap atau kelihatan sebagai entiti atau skim berlesen atau dikawal selia oleh BNM. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close