Ekonomi Islam & GlobalPilihan Editor

Kerajaan Baharu Sri Lanka Perlu Naikkan Cukai, Pembaharuan Yang Sukar – Gabenor Bank

Presiden baharu Sri Lanka perlu berdepan dengan cabaran politik yang menggerunkan dan pembaharuannya harus termasuk kenaikan cukai untuk menstabilkan ekonomi yang musnah, kata Gabenor Bank Pusat Sri Lanka kepada Financial Times hari ini.

“Saya menjangkakan kerajaan yang stabil yang boleh melaksanakan reformasi ekonomi yang sukar,” kata Gabenor Nandalal Weerasinghe pada pagi pengundian Parlimen.

Weerasinghe berkata, ia termasuk membasmi perbelanjaan yang membazir, menyusun semula perusahaan milik kerajaan dan menaikkan kadar faedah untuk menjinakkan inflasi yang semakin berterusan.

Beliau juga menggesa pendekatan dwipartisan untuk melaksanakan pembaharuan berkenaan.

Perdana Menteri Sri Lanka sebanyak enam kali, Ranil Wickremesinghe dipilih sebagai presiden baharu menggantikan Gotabaya Rajapaksa yang melarikan diri dari negara yang dilanda krisis dan meletak jawatan minggu lalu.

Keputusan rasmi menunjukkan Wickremesinghe yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri memperoleh 134 undi dalam undian Parlimen tiga penjuru.

Kemenangan itu memberikan majoriti mutlak pada Wickremesinghe yang sebelum ini memangku jawatan presiden. – REUTERS

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close