MalaysiaPilihan Editor

Rumah Mampu Milik Terus Dibina Di Bandar – PM

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) komited menyediakan perumahan mampu milik selesa kepada golongan B40 dan miskin bandar, terutama di kawasan pesat membangun walaupun berdepan cabaran nilai hartanah yang semakin tinggi.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan juga berdepan cabaran menjaga kebajikan golongan miskin bandar, terutama warga Kuala Lumpur di kawasan perumahan kos rendah awam dan swasta, serta penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR).

“Dalam menyahut cabaran yang saya sebutkan ini, baru-baru ini kerajaan melalui Kementerian Wilayah Persekutuan telah melancarkan Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Kuala Lumpur.

“Panduan ini bertujuan membangunkan semula kawasan usang dan tidak ekonomik seperti Perumahan Awam Sri Labuan,” katanya pada majlis penyerahan kunci kepada pemilik Residensi Razakmas2 di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, panduan berkenaan juga disasarkan supaya kawasan terbabit berwajah baharu, ‘vibrant’ dan mampu berdaya saing, sekali gus memperbaiki visual dan meningkatkan nilai hartanah setempat. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close