Sedekad yang lalu, membeli insurans bagi kebanyakan rakyat Malaysia bermaksud perlu berurusan dengan ejen dan berusaha memahami polisi yang kompleks, namun hari ini platform digital telah mengubah pengalaman tersebut dengan menjadikannya lebih mudah untuk membeli serta mengurus perlindungan insurans.
Bagi mengatasi jurang ini, platform digital dengan pangkalan pengguna yang kukuh kini mempermudah akses kepada insurans, sekali gus memberikan lebih ramai rakyat Malaysia kemudahan, fleksibiliti dan pilihan yang lebih luas.
Menurut Tinjauan Tren Insurans ShopeePay 2026, 88% pembeli insurans berasa yakin untuk membeli perlindungan secara digital. Majoriti pelanggan (56%) menyatakan bahawa kemudahan, kemampuan, serta proses pembelian yang lebih pantas dan mudah merupakan faktor utama yang mendorong mereka menggunakan perkhidmatan ini.
Platform digital kini bukan sahaja mengubah cara pembelian insurans, malah turut membuka peluang perlindungan kepada pembeli kali pertama.
Berdasarkan tinjauan, 78% pelanggan insurans kemalangan diri (PA) sebelum ini tidak mempunyai sebarang perlindungan PA sebelum membeli produk PA melalui MoneeInsure Agency di aplikasi ShopeePay.
Malah, 67% menyatakan mereka tidak akan membeli insurans PA sekiranya tidak diperkenalkan dengan produk tersebut secara dalam talian. Penemuan ini menunjukkan bagaimana platform digital memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran dan memastikan lebih ramai rakyat Malaysia mendapat perlindungan yang sewajarnya.
Tinjauan tersebut turut mendapati bahawa sebanyak 69% pelanggan insurans kenderaan (kereta dan motosikal) serta 46% pelanggan insurans perjalanan kini menggunakan platform digital untuk mendapatkan maklumat dan membeli insurans secara dalam talian.
Tinjauan tersebut turut mendapati bahawa sebanyak 69% pelanggan insurans kenderaan (kereta dan motosikal) serta 46% pelanggan insurans perjalanan kini menggunakan platform digital untuk mendapatkan maklumat dan membeli insurans secara dalam talian.
Walaupun pembelian insurans secara digital mungkin lebih mudah bagi pelanggan yang tinggal di kawasan bandar, impak sebenarnya melangkaui aspek kemudahan semata-mata.
Akses digital memainkan peranan penting dalam memperluaskan perlindungan kepada mereka yang tinggal di luar bandar.
Kira-kira 40% pelanggan insurans menetap di kawasan luar bandar, di mana akses kepada ejen insurans tradisional mungkin terhad. Malah, 16% pelanggan insurans PA menyatakan mereka menghadapi kesukaran untuk berhubung dengan ejen secara luar talian, sekali gus menunjukkan bagaimana platform digital membantu membuka akses perlindungan bagi semua rakyat Malaysia.
Fleksibiliti pembayaran juga menjadi antara faktor utama yang mendorong penggunaan insurans digital.
Tinjauan tersebut mendapati hampir 8 daripada 10 pelanggan insurans kereta memilih untuk membuat bayaran menggunakan SPayLater, perkhidmatan BNPL terkemuka di Malaysia, yang membolehkan mereka mengurus bayaran premium dengan lebih mudah.
Menariknya, hampir separuh daripada pelanggan ini memilih untuk membahagikan bayaran mereka kepada pelan ansuran selama 12 bulan.
Seiring dengan peningkatan penggunaan digital, dapatan tinjauan ini menunjukkan bahawa akses kepada insurans kini tidak lagi terhad oleh lokasi, ketersediaan ejen atau kemampuan untuk membuat bayaran sekaligus.
Sebaliknya, platform digital seperti ShopeePay, melalui kerjasama dengan MoneeInsure Agency, ejen insurans/takaful korporat berdaftar, sedang membentuk semula cara rakyat Malaysia mendapatkan perlindungan, sekali gus menjadikan insurans lebih inklusif, fleksibel dan mudah diakses.
Bagi meningkatkan lagi kemudahan untuk pengguna, MoneeInsure Agency kini menawarkan promosi cukai jalan percuma sebagai sebahagian daripada kempen Raya ShopeePay. Sertai jutaan rakyat Malaysia dan mulakan langkah pertama anda ke arah perlindungan melalui aplikasi ShopeePay. – BACALAHMALAYSIA.MY




