Oleh wartawan BacalahMalaysia.my
Segala urusan mengenai bekalan air di Selangor diuruskan Pengurusan Air Selangor Berhad (Air Selangor) yang dahulunya dikenali sebagai Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) !
Segala urusan mengenai bekalan air di Selangor tidak lagi diuruskan Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) sejak 15 Oktober 2015.
Malahan dalam satu kenyataan media PNHB, di sini, hari ini turut memaklumkan bahawa Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Rozali Ismail juga tidak lagi bertanggungjawab segala urusan mengenai bekalan air di Selangor seperti mana tarikh yang dikuatkuasa pada 15 Oktober 2015.
Selepas tarikh berkenaan, kerajaan negeri Selangor menerusi Air Selangor bertanggungjawab sepenuhnya hal ehwal bekalan air dan industri air di negeri berkenaan.
Menurut kenyataan akhbar itu lagi, PNHB tidak lagi bertanggungjawab ke atas semua perkara yang berkaitan dengan air minum dan industri di Selangor.
“Sehubungan itu, segala urusan yang berkaitan dengan air bersih di Selangor boleh dibincang dan berhubung terus dengan pengurusan Air Selangor,” kata Jabatan Perhubungan Awam PNHB. – BACALAHMALAYSIA.MY