Dimensi BisnesPilihan Editor

10 Syarikat Pemula Terbaik Malaysia Bakal Dipilih Ke AS

Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) akan memilih 10 syarikat permulaan teknologi terbaik untuk mewakili Malaysia pada pameran di Lembah Silikon dan Washington DC, Amerika Syarikat (AS), April depan.

Ketua Pegawai Eksekutif SIDEC, Yong Kai Ping, berkata 10 syarikat baharu itu akan dipilih di bawah The Pitch Malaysia USA Series 2023, program kemuncak oleh SIDEC untuk menonjolkan syarikat baharu dari Malaysia yang berpotensi supaya mendapat perhatian pelabur global.

“The Pitch Malaysia USA Series yang akan diadakan dari 25 April hingga 3 Mei ini adalah platform bagi syarikat baharu tempatan untuk mempamerkan dan mengembangkan potensi perniagaan mereka ke pasaran AS,” katanya pada sesi taklimat program itu di sini, hari ini .

Kai Ping berkata, syarikat pemula niaga dari semua negeri boleh menghantar permohonan mereka dari 20 Februari hingga 10 Mac dan 10 syarikat permulaan yang dipilih akan diumumkan pada 16 Mac.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close