Dimensi Bisnes

Inisiatif MyDIGITAL Lonjak Pasaran Saham

Pasaran saham Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini mendapat rangsangan daripada belian dalam kaunter telekomunikasi, teknologi dan kaunter Pasaran ACE.

Pada jam 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menongkah arus aliran rendah di pasaran serantau, ditutup tinggi naik 9.09 mata kepada 1,584.93, daripada paras penutup 1,575.84 pada Khamis.

Indeks itu dibuka naik 4.34 mata kepada 1,580.18 dan bergerak antara paras 1,573.84 dan 1,584.93 sepanjang hari dagangan.

Bagaimanapun, di keseluruhan pasaran kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 653 berbanding 581, manakala 411 kaunter tidak berubah, 531 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 14.36 bilion unit bernilai RM6.36 bilion, berbanding 14.49 bilion unit bernilai RM6.73 bilion pada Khamis.

Di peringkat serantau, Nikkei Jepun berkurangan 1.24 peratus kepada 29,860.79, Hang Seng Hong Kong turun 0.85 peratus kepada 30,335.51 dan STI Singapura susut 0.94 peratus kepada 2,881.51.

Maxis dan Axiata meningkat lapan sen setiap satu masing-masing kepada RM4.75 dan RM3.37, Digi naik tiga sen kepada RM3.74 dan Telekom Malaysia menambah empat sen kepada RM6.48.

“Telekom Malaysia juga meningkat pada Jumaat susulan pelantikannya sebagai satu-satunya penyedia perkhidmatan awan tempatan bersama Microsoft, Google dan Amazon bagi inisiatif MyDIGITAL.

“Oleh itu, bukan suatu yang mengejutkan Indeks Telekomunikasi dan Media Bursa Malaysia kaunter untung terbesar ditutup hampir 4.0 peratus lebih tinggi bagi hari ini,” katanya sambil berkata Indeks Teknologi Bursa Malaysia juga ditutup tinggi, meningkat 1.3 peratus.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat 10 sen kepada RM8.03, Tenaga naik tiga sen kepada RM9.88 manakala Public Bank dan PChem menokok dua sen setiap satu masing-masing kepada RM4.13 dan RM7.49.

Sementara itu, Top Glove susut dua sen kepada RM6.05.

Dalam kalangan kaunter cergas, Dagang Nexchange berkurangan lapan sen kepada 69 sen, Key Asic meningkat 3.5 sen kepada 14.5 sen dan Managepay menokok tiga sen kepada 24 sen, manakala EA Holdings dan Iris Corporation kedua-duanya naik setengah sen masing-masing kepada 4.5 sen dan 38.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 71.65 mata kepada 11,641.61, Indeks FBMT 100 naik 72.63 mata kepada 11,320.34 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 62.77 mata kepada 13,119.09.

FBM 70 menambah 128.33 mata kepada 15,359.35 dan FBM ACE melonjak 160.67 mata kepada 11,248.62.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 69.66 mata kepada 14,872.78, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.22 mata kepada 182.27 dan Indeks Perladangan menambah 13.17 mata kepada 7,189.05.

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 9.1 bilion saham bernilai RM5.13 bilion daripada 10.59 bilion saham bernilai RM5.73 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran turun kepada 364.08 juta unit bernilai RM57.6 juta daripada 373.73 juta unit bernilai RM57.8 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE Market meningkat kepada 4.89 bilion saham bernilai RM1.16 bilion daripada 3.52 bilion saham bernilai RM949.71 juta sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 793.03 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (2.41 bilion), pembinaan (228.71 juta), teknologi (3.54 bilion), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (75.06 juta), hartanah (281.29 juta), perladangan (46.86 juta), REITs (12.56 juta), dana tertutup (50,000), tenaga (1.16 bilion), penjagaan kesihatan (79.84 juta), telekomunikasi dan media (207.22 juta), pengangkutan dan logistik (179.5 juta) dan utiliti (83.77 juta). – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close