Kedai RuncitPilihan Editor

MR D.I.Y. Bantu Rakyat Malaysia Manfaatkan Sepenuhnya Nilai Ringgit Mereka

Dengan begitu banyak faktor yang memberi tekanan kepada bajet keluarga sejak akhir-akhir ini, rakyat Malaysia mula beralih arah kepada jenama-jenama buatan Malaysia untuk membantu memanfaatkan sepenuhnya nilai Ringgit mereka.

Salah satu jenama yang sentiasa konsisten dalam usahanya memenuhi keperluan ini adalah Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad [MR D.I.Y.], peruncit perkakas rumah kegemaran Malaysia. 

Peruncit tersebut kini menggiatkan usahanya dengan melancarkan inisiatif harga terkininya – ‘Stretch Your Ringgit, with MR D.I.Y.’ – yang menampilkan pelbagai rangkaian produk label persendiriannya.

Berucap di pelancaran inisiatif harga tersebut, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, “Kami sedar tentang kesukaran yang sedang dihadapi rakyat Malaysia sekarang. Harga barangan yang semakin meningkat, kadar inflasi yang tinggi, kekurangan pilihan, dan ada antara mereka yang kehilangan sumber pendapatan.

“Kesemua faktor ini memberi tekanan yang begitu besar kepada bajet isi rumah. Sebagai syarikat kelahiran tempatan yang mempunyai kehadiran jenama di seluruh negara, ia menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan rakyat Malaysia boleh mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga yang mampu milik, di lokasi-lokasi yang mudah dikunjungi.

“‘Stretch Your Ringgit with MR D.I.Y.’ adalah cara yang mudah dan bijak untuk rakyat Malaysia mendapatkan barangan keperluan harian mereka tanpa kompromi terhadap nilai dan kualiti.

“Kempen ini menampilkan pelbagai tawaran hebat untuk pelbagai rangkaian produk label persendirian kami, yang memberi jaminan kualiti yang baik dengan nilai yang lebih hebat untuk para pengguna.

“Ia sememangnya sebuah inisiatif dari peruncit tempatan untuk membantu rakyat Malaysia,” kata Goh.

MR D.I.Y., peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, menawarkan sebuah rangkaian yang terdiri daripada 18,000 produk ‘Always Low Prices’ di lebih 1,000+ cawangan di seluruh negara.

Selain pelbagai jenama terkenal, MR D.I.Y, juga menawarkan rangkaian produk-produk label persendiriannya.

Bersempena kempen ini, peruncit menampilkan lebih daripada 30 produk-produk label persendiriannya dalam kategori keperluan rumah dan perhiasan, perkakasan, barangan elektrik dan aksesori kereta.

Inisiatif selama satu bulan ini menampilkan pelbagai tawaran hebat di seluruh negara untuk produk-produk label persendirian peruncit tersebut termasuk dari kategori keperluan rumah dan perhiasan, perkakasan, barangan elektrik dan aksesori kereta.

Produk-produk label persendiriannya dengan tawaran istimewa termasuklah mentol LED cahaya siang bentuk 3U pada harga RM9.90 setiap satu, bateri alkali AA pada harga RM10.90 untuk 12 biji, stoking saiz S pada harga RM5.90 untuk 3 pasang dan cerek elektrik (1.7L) pada harga RM49.00 setiap satu. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close