Duniaku TeknokratPilihan Editor

Rusli Dilantik Pengerusi Eksekutif SKM

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengumumkan pelantikan Rusli Jaafar, 59, sebagai Pengerusi Eksekutif yang baharu.

Pelantikan beliau diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Pengerusi Eksekutif, SKM.

Pelantikan Rusli berkuat kuasa mulai 1 Disember 2022.

Berasal dari Kuala Selangor, Rusli lulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujiaan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan berkhidmat sebagai Pengarah SKM Selangor pada 2017 hingga 2019 dan memegang jawatan pengarah di beberapa bahagian di ibu pejabat.

Beliau sudah berkhidmat dengan agensi kerajaan kira-kira 30 tahun. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close