oleh wartawan BacalahMalaysia.my
Alhamdulillah !
Syukur !
Terima kasih !
Ringkas kata-kata itu tetapi penuh bermakna. Inilah lafaz seorang pemimpin yang sentiasa peka dan prihatin terhadap rakyat selama ini.
Yang dimaksudkan ialah Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang membangkitkan isu bil Tenaga Nasional Berhad (TNB) sehingga kerajaan membuahkan satu lagi formula iaitu Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan (BPET).
Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Tenaga Dan Sumber Asli, Datuk Dr Samsul Anuar Nasarah.
“Pastinya pengumuman ini dapat melegakan keresahan rakyat yang terkesan dengan isu kenaikan bil elektrik mendadak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.
“Tahniah saya ucapkan kepada YB Menteri, YB Pengerusi TNB (Datuk Seri Mahdzir Khalid) dan semua pihak yang telah berusaha dan bertungkus-lumus mencari solusi yang terbaik bagi menyelesaikan masalah ini,” kata Ahmad Zahid dalam entri Facebook rasminya.
Jumlah keseluruhan yang terlibat dalam BPET ini adalah sebanyak RM942 juta yang melibatkan 7.66 juta pengguna.
Pengerusi BN turut berpandangan pengumuman ini adalah bukti keprihatinan kerajaan yang sentiasa peka dengan rintihan dan keperitan rakyat yang terjejas sumber kewangan akibat pandemik COVID-19.
“Jika ada mereka yang sudah membayar bil bagi tempoh PKP ini, jangan risau, bayaran anda akan dikreditkan semula pada bil bulan Julai kelak.
“Dengan lebihan bayaran yang telah dibuat, dapatlah menampung serba sedikit perbelanjaan bagi bulan hadapan,” kata Ahmad Zahid lagi.
Dalam entri FB turut menyebut BPET tiada kaitan dengan PRK Chini kerana perbincangan dan usaha untuk menyelesaikan masalah ini telah berlaku lebih awal.
Kerajaan yang prihatin sentiasa meletakkan kemaslahatan dan kebajikan rakyat sebagai agenda utama.
Kepada anggota kabinet, terutamanya Menteri daripada Barisan Nasional (BN), teruskan bekerja membantu rakyat, peka dengan masalah mereka, hulurkan bantuan dengan semampunya.
“Abaikan segala omongan dan persepsi negatif yang dilontarkan bagi melemahkan semangat kalian untuk bekerja demi kesejahteraan rakyat dan negara, kekal fokus.
“Keep the good work!,” menurut Ahmad Zahid.
Seramai empat juta atau 52.2 peratus pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan kurang RM77 atau penggunaan bawah 300kWj, akan menikmati bekalan elektrik percuma selama tiga bulan di bawah Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan.
Pengguna yang terbabit akan mendapat bekalan elektrik percuma bagi bulan April, Mei dan Jun yang akan dikreditkan ke dalam bil pengguna pada Julai dalam bentuk rebat.