Kedai Runcit

Guru Ditipu Pelaburan Forex Tidak Wujud

Seorang guru di sini terpaksa berputih mata apabila kerugian RM32,685 akibat ditipu oleh sindiket pelaburan Forex yang tidak wujud di Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata mangsa berusia lingkungan 30-an itu ditawarkan untuk menyertai satu pelaburan mata wang asing selepas melihat iklan di Facebook.

“Pada 16 Jun lalu, mangsa melayari Facebook dan melihat iklan pelaburan Forex oleh sebuah syarikat.

“Mangsa kemudian berhubung dengan seorang wanita untuk mengetahui lanjut mengenai skim pelaburan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek memberikan empat pakej sebelum mangsa bersetuju untuk memasuki pakej D, iaitu perlu membayar RM3,000 dan akan mendapat pulangan sebanyak RM63,000, dalam masa dua hari.

“Mangsa yang tertarik dengan tawaran yang diberikan seterusnya membuat pembayaran ke dalam akaun bank, sebelum dihubungi dihubungi oleh suspek.

“Suspek meminta mangsa membuat pembayaran untuk kos pendaftaran bagi dapat menunaikan wang pulangan hasil pelaburan berkenaan.

“Selain itu, suspek juga meminta pengadu membuat pembayaran cukai,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian membuat bayaran berkenaan secara berperingkat sehingga jumlah keseluruhan sebanyak RM32,685.

“Selepas membuat pembayaran keseluruhan, pengadu masih tidak menerima pulangan berkenaan dan suspek juga memaklumkan bahawa perlu membuat pembayaran lagi sebanyak RM15,762 untuk bayaran cukai.

“Pengadu kemudiannya tidak membuat pembayaran lagi dan berasa ditipu. Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Katanya, modus operandi yang dijalankan oleh suspek adalah memperdaya pengadu dengan menawarkan pelaburan Forex yang tidak wujud. – BERITA HARIAN ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close