MalaysiaPilihan Editor

Dewan Undangan Negeri Sabah Dibubarkan, Umum KM Shafie

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal  hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari.

Mohd Shafie membuat pengumuman berkenaan pada sidang media khas di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Terdahulu, Mohd Shafie mengadap Tun Juhar di Istana Negeri di sini dan kenderaan yang membawa ketua menteri itu dilihat memasuki perkarangan istana pada jam 8.25 pagi.

Mohd Shafie berkata beliau telah memohon perkenan daripada Tun Juhar untuk membubarkan DUN dan Tuan Yang Dipertua telah memperakukannya.

“Saya masih menjalankan tugas-tugas sebagai Ketua Menteri dalam tempoh pembubaran tersebut,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Anggota Parlimen blok kerajaan.

Beliau berkata rakyat Sabah yang menentukan kerajaan Sabah, bukan pihak lain.

Perkembangan politik di negeri ini menjadi hangat apabila bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman semalam mendakwa beliau mempunyai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan Sabah.

Ketika ini, DUN Sabah mempunyai 65 kerusi dengan blok kerajaan menguasai 45 kerusi manakala blok pembangkang 20 kerusi. — BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close