Duniaku Teknokrat

Jualan Merosot, Saham Starbucks Jatuh Hampir 14 Peratus

Saham Starbucks jatuh hampir 14 peratus semalam, selepas jenama rantaian kopi global itu menyemak semula unjuran tahunannya.

Unjuran itu selepas permintaan lemah yang berterusan di Amerika Syarikat (AS) daripada pelanggan yang bergelut dengan inflasi dan pemulihan yang lebih perlahan daripada jangkaan di China.

Kenaikan harga jualan yang berlaku beberapa suku lalu memaksa pelanggan meninggalkan kafe dan restoran dan sebaliknya minum kopi di rumah, menjejaskan perniagaan seperti Starbucks.

Cuaca sejuk yang teruk di AS juga tidak menggalakkan jualan, manakala perniagaannya di Asia Barat turut terjejas.

Syarikat itu menjangkakan jualan setahun penuhnya di peringkat global dan di AS berada dalam julat penurunan satu angka berbanding dengan julat pertumbuhan empat hingga enam peratus sebelumnya.

Jualan global Starbucks jatuh empat peratus pada suku kedua, berbanding kenaikan 1.44 peratus yang dianggarkan oleh penganalisis, menurut data LSEG. – REUTERS

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close