GovernansPilihan Editor

‘Bina Program TVET Lahirkan Penuai Sawit Profesional’ – Menteri KPK

Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi melahirkan penuai sawit profesional perlu diwujudkan untuk menangani isu kekurangan pekerja dalam bidang berkenaan, kata Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Katanya, dengan adanya penuai tempatan juga akan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing untuk kerja penuaian di ladang sawit.

“Masalah industri (sawit) ialah kekurangan pekerja terutama penuai. Bila tidak cukup pekerja, buah sawit tidak dapat dituai dan ini merugikan. Keadaan itu yang dihadapi ketika pandemik COVID-19 melanda.

Hadir sama, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin; Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi, Datuk Mad Zaidi Mohd Karli dan Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir.

Beliau berkata, dengan adanya kumpulan kecil itu, mereka boleh dilatih oleh pakar industri untuk kerja penuaian.

Katanya, dengan ladang sawit di negara ini seluas 5.6 juta hektar, sudah pasti ia menawarkan peluang pekerjaan penuaian yang besar.

Dari segi gaji, Johari berkata, dicadangkan agar kadar yang lebih tinggi sekitar RM3,000 hingga RM4,000 sebulan bagi menarik minat anak muda untuk menceburi kerjaya sebagai penuai kelapa sawit.

Dalam perkembangan lain, Johari menjelaskan keputusan pengambilalihan secara sukarela bersyarat KUB Malaysia Bhd (KUB) oleh JAG Capital Holdings Bhd (JAG Capital) yang mencetuskan tawaran am mandatori (MGO) dibuat sebelum beliau dilantik menjadi menteri.

Justeru, beliau berkata, keputusan itu perlu diteruskan memandangkan ia telah mendapat persetujuan sebelum perlantikannya sebagai menteri. – BH ONLINE

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close