GovernansPilihan Editor

Isu harga barangan dibincangkan pada mesyuarat Kabinet, cari langkah tangani kenaikan

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu harga barangan dan kos sara hidup akan dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri Rabu ini bagi meneliti dan mencari kaedah lebih berkesan dalam mengurangkan beban rakyat.

Perdana Menteri berkata, biarpun pelbagai usaha dilaksanakan kerajaan dalam menangani isu berkenaan, masih terdapat sedikit rungutan daripada peniaga kecil hasil maklum balas diterimanya.

“Jumaat lalu saya makan di sebuah warung di Rawang, saya bertanya kakak yang mengendali kedai, dia kata okay niaga, bagus tapi ada masalah sikit, setiap minggu ada kenaikan sedikit (harga bekalan barangan).

“Jadi kalau tiga minggu sedikit, sedikit, sedikit, terkesan kedai tu. Jadi yang saya dengar daripada kakak ini, kedai kecil tentunya memberi kesan. Jadi hari Rabu mesyuarat Jemaah Menteri saya akan bawa kes ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) di sini, hari ini.

“Saya kata macam mana kita nak pantau benda itu. Kalau benar tak boleh kita kawal apakah langkah yang harus kita lakukan lagi.

“Ini penting untuk mengurangkan beban orang-orang seperti kakak ini yang meniaga kecil-kecilan,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close