MalaysiaPilihan Editor

Norliza Sedia Digandingkan Bersama Shahrizat Demi Kelangsungan Perjuangan Wanita UMNO & Parti

“Bersedia digandingkan dengan Kak Jat (Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil),” kata Datuk Norliza Abdul Rahim, penyandang Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia.

“Tiada masalah,” ulangi Norliza yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia berdasarkan sudah ada “pihak sebelah” telah menyuarakan sokongan kuat berganding kepada penyandang Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Tambah Norliza, mereka yang bertanding mengistiharkan kem siapa atau adu domba merupakan pihak lemah serta tidak mempunyai daya kepimpinan kuat untuk membawa wanita sebagai tulang belakang parti.

Jelasnya lagi, tidak dinafikan pelbagai strategi akan digunakan semua calon yang bertanding bagi meraih sokongan serta keyakinan perwakilan.

Norliza yang juga Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang berkata, beliau tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama atau digandingkan dengan mana-mana individu yang memenangi jawatan Ketua Wanita UMNO demi kelangsungan parti.

“Gandingan itu bukannya saingan mengikut kem memandangkan saya merupakan orang parti yang taat kepada pimpinan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Sebaliknya, pendirian saya sangat jelas mengikut presiden parti yang mana hanya kem UMNO dan Barisan Nasional (BN) saja, tiada kem lain.

“Malah, bagi saya pertandingan antara bekas ketua wanita UMNO (Shahrizat) serta penyandangnya (Noraini) adalah pertandingan keluarga serta bukti demokrasi dalam parti.

“Setahu saya, tiada kenyataan rasmi daripada Shahrizat mahupun Noraini berkenaan gandingan dalam pemilihan ini tetapi sekiranya dibuat pihak lain bagi saya, ia tidak perlu difikirkan.

“Saya tak pasti dari mana datangnya label kapal itu, kapal ini termasuk dikaitkan dengan restu pihak tertentu sedangkan ia dinafikan sekeras-kerasnya oleh Presiden sendiri.

“Bukan saja itu, tiada istilah lawan tunjuk siapa kuat atau saingan peribadi dalam UMNO malah pertandingan saya sendiri berteraskan perjuangan ikhlas demi mengarusperdanakan wanita semampu mungkin,” kata Norliza.

Untuk rekod, Shahrizat memegang jawatan Ketua Wanita UMNO sejak 2008 dan mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan kedudukannya pada pemilihan parti 2018 ekoran mahu memberi laluan kepada muka baharu. – BACALAHMALAYSIA.MY/MALAYSIAGAZETTE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close