MalaysiaPilihan Editor

Pegawai Bank Ditahan Buat Kad Kredit Guna Maklumat Pelanggan

Polis menahan seorang pegawai bank tempatan semalam selepas disyaki menggunakan maklumat pelanggan untuk membuat permohonan kad kredit bagi kegunaan sendiri yang mengakibatkan kerugian RM563,422 di Taiping, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid, berkata lelaki berusia 31 tahun itu ditahan di rumahnya di Jinjang, Kuala Lumpur selepas polis menerima laporan daripada pengurus siasatan bank berkenaan pada 17 Januari lalu.

“Pihak berkenaan kerugian sebanyak RM563,422 ekoran daripada penggunaan 18 kad kredit yang telah diluluskan tanpa pengetahuan pelanggan.

“Polis turut merampas satu telefon bimbit, 16 kad kredit milik pelanggan serta 15 keping simkad,” katanya dalam kenyataan.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close