GovernansMalaysia

Kempen Keselamatan Dalam Talian Antara Program ‘Flagship’ Tahun Ini – Menteri Komunikasi

Kempen Keselamatan Dalam Talian merupakan antara program ‘flagship’ Kementerian Komunikasi pada tahun ini bagi memastikan penggunaan internet yang lebih selamat untuk semua lapisan masyarakat, kata menterinya Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian yang telah dilancarkan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 21 Januari lepas akan diperluas ke sekolah rendah dan menengah.

Turut hadir pada perhimpunan bulanan itu adalah timbalannya, Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.

“Selepas ini, usaha kempen perlu membina modul bagi beberapa lapisan. Kita fokus kepada UA sebagai permulaan dan diikuti dengan usaha membawa kempen ini ke sekolah-sekolah.

Kementerian Komunikasi menurutnya menyasarkan kempen itu dapat digerakkan ke 10,000 sekolah rendah dan menengah serta sejumlah institusi pengajian tinggi (IPT) menjelang hujung tahun ini.

Beliau berkata, pasukan yang dilatih seterusnya dapat pergi ke masjid, surau dan tempat ibadat, persatuan penduduk serta rukun tetangga untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran keselamatan dalam talian dalam kalangan semua lapisan masyarakat.

Fahmi berkata, beliau juga meminta KSU untuk menjemput pasukan dari pelbagai agensi memandangkan isu keselamatan dalam talian bukan hanya melibatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tetapi memerlukan kerjasama semua pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan platform media sosial. – Bernama

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close