Malaysia

Pendaftaran UMP Secara Pandu Lalu

Proses pendaftaran 822 penuntut baharu Program Diploma Sesi Akademik 2020/2021 Universiti Malaysia Pahang (UMP) semalam dibuat secara pandu lalu berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mencegah COVID-19.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMP, Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin, berkata sesi pendaftaran yang bermula sembilan pagi itu berakhir lapan jam kemudian.

Katanya, selepas selesai urusan pendaftaran penuntut dihantar ke asrama tanpa perlu dibantu keluarga selain perlu patuh pada SOP seperti penjarakan sosial, menggunakan pelitup muka dan pembasmi kuman.

“Sesi pertama pendaftaran diadakan pada 1 Ogos lalu membabitkan seramai 252 penuntut dan selebihnya semalam.

“Semua penuntut sudah membuat pengesahan serta pendaftaran secara dalam talian pada 20 hingga 25 Julai lalu, proses berkenaan bagi melancarkan lagi pergerakan penuntut seterusnya dapat mematuhi SOP ditetapkan,” katanya.

Bagi pasangan kembar Muhammad Nur Mirza Mat Hassan dan Muhammad Nur Izzat, 18, impian mereka untuk melanjutkan pengajian ke menara gading akhirnya menjadi kenyataan apabila terpilih melangkah ke UMP.

Muhammad Nur Mirza, berkata selepas mencatat keputusan 5A peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, impian utama ialah untuk belajar di UMP kerana kedudukannya yang tidak jauh dari rumah.

“Saya bersyukur apabila kami sama-sama terpilih belajar di UMP dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses, peluang ini akan digunakan sebaik mungkin,” katanya. – BERITA HARIAN

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close