MalaysiaPilihan Editor

Ketua Polis Negara Bersama 1,500 Sertai ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ Di Masjid Bukit Aman

Hampir 1,500 jemaah termasuk pegawai dan anggota polis tidak mengira pangkat atau umur hadir sempena program #GengSubuhMacamJumaatPDRM di Masjid Bukit Aman, di sini, hari ini.

“Pejuang-pejuang Subuh yang dirahmati Allah, saya kagum dengan semangat serta sokongan yang ditunjukkan oleh umat Islam sehingga kempen #GengSubuhMacamJumaat menjadi fenomena dalam kalangan rakyat.

“Memetik hadis Nabi Muhammad SAW, bangunlah pada pagi hari untuk mencari rezeki dan keperluan-keperluan hidupmu, sesungguhnya pada pagi hari, terdapat berkah dan keberuntungan,” katanya ketika memberi ucapan ringkas selepas selesai menunaikan solat Subuh berjemaah bersama warga PDRM dan masyarakat setempat, hari ini.

 

Hampir 1,500 jemaah termasuk pegawai dan anggota polis tidak mengira pangkat atau umur hadir sempena program #GengSubuhMacamJumaatPDRM di Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim
Hampir 1,500 jemaah termasuk pegawai dan anggota polis tidak mengira pangkat atau umur hadir sempena program #GengSubuhMacamJumaatPDRM di Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini. – Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim

 

Razarudin juga bangga apabila program yang dicetuskan oleh selebriti, Alif Satar itu menjadi fenomena bukan sahaja di Malaysia malah diikuti oleh saudara seIslam di negara-negara jiran.

Beliau berkata, program itu yang dilihat dapat menyatukan pimpinan tertinggi PDRM dengan orang ramai amat bertepatan dengan tema PDRM iaitu ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

“Insya-Allah, besar harapan saya supaya aktiviti seumpama ini dapat diteruskan secara istiqamah pada masa akan datang.

“Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada ahli jawatankuasa pentadbir Masjid Bukit Aman dan pasukan Geng Subuh Macam Jumaat dalam memastikan program hari ini berjalan dengan lancar,” katanya.

 

Razarudin, Ayob Khan Pitchay bersama Alif Satar dan jemaah berswafoto selepas menunaikan solat Subuh ketika Program #GengSubuhMacamJumaatPDRM di Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim
Razarudin, Ayob Khan Pitchay bersama Alif Satar dan jemaah berswafoto selepas menunaikan solat Subuh ketika Program #GengSubuhMacamJumaatPDRM di Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur. – Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim

 

Program itu turut dimeriahkan dengan kehadiran bilal jemputan iaitu vokalis kumpulan Khalifah, Mohamad Qidam Abdullah atau lebih dikenali sebagai Yabang.

Turut diadakan acara larian yang disertai selebriti Alif Satar dan penceramah undangan, Mohd Affendi Mohamed Nor atau lebih dikenali Pencetus Ummah (PU) Fendi.

Razarudin turut sempat beramah mesra bersama orang ramai yang hadir sebelum beliau berangkat meninggalkan program berkenaan untuk menghadiri satu lagi majlis lain. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close