MalaysiaPilihan Editor

Konvensyen Dan Sambutan Ulang Tahun BN Meriah, Tekad Teruskan Perjuangan Menang PRU-15

Konvensyen dan sambutan ulang tahun ke-48 Barisan Nasional (BN) hari ini memperlihatkan ikatan dan muafakat yang terjalin terus diperkukuhkan sebagai persediaan awal untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Bermula awal pagi, hari yang dianggap bersejarah itu menampakkan ukhuwah yang cukup jitu apabila bukan sahaja pemimpin malah peserta pelbagai peringkat  hadir dengan satu tema memakai baju biru memenuhi Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Permulaan yang disuntik Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan manakala pembentangan demi pembentangan daripada tokoh BN, akademik dan pelbagai lagi memberikan pelbagai lontaran pandangan serta idea dalam usaha membantu mencari formula serta menyusun strategi yang sebaiknya kelak.

Laungan ‘Hidup BN, Hidup BN, Hidup BN’ mewarnai dan bergema di Dewan Merdeka malah semangat yang berkobar-kobar dapat dilihat daripada riak wajah setiap mereka yang hadir sepanjang konvensyen berkenaan.

Seterusnya sambutan ulang tahun ke-48 BN merancakkan lagi program sehari itu apabila acara menaikkan bendera BN dimulakan sebaik pada sebelah petang.

Ketua-ketua parti komponen daripada PBRS, MIC, MCA turut memberikan ucapan masing-masing selain ikrar daripada rakan-rakan BN yang menyatakan komitmen berterusan baik ketika senang mahupun susah  untuk membantu BN pada pilihan raya umum kelak.

Tidak ketinggalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan yang antara lain menegaskan bahawa keutamaan kerajaan dalam jangka masa sederhana adalah untuk melaksanakan pembaharuan struktural yang akan meningkatkan potensi, daya tahan dan prospek ekonomi negara serta menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang lebih menarik.

Kemuncak acara Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan dasar sekaligus menutup program berkenaan dengan segala pesanan dan menitipkan beberapa ingatan untuk seluruh jentera parti.

Penghujung acara sambutan ulang tahun BN, parti-parti komponen menandatangani ‘Tekad BN PRU-15’.

Ternyata walaupun program sehari namun ianya memberikan makna yang amat signifikan kepada seluruh jentera yang hadir dengan masing-masing beriltizam dan dinyatakan ikrar mereka pada peghujung acara berkenaan.

Laungan ‘Hidup BN…Hidup BN…Hidup BN’ terus bergema dan sekaligus menutup acara sambutan ulang tahun serta konvensyen BN hari ini. – UMNO Online

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close