MalaysiaPilihan Editor

PRN JOHOR: Bubar Parlimen Bergema Di UMNO Johor

Laungan ‘bubar Parlimen’ terus bersahutan di ibu pejabat UMNO Johor, selepas Barisan Nasional (BN) dikatakan melakar kemenangan dua pertiga, menerusi keputusan tidak rasmi.

Gesaan dalam kalangan dipercayai penyokong dan ahli UMNO itu tercetus apabila Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sedang bergerak untuk ke pentas utama.

Meski dihimpit dengan laungan sedemikian, Ismail Sabri yang dikelilingi pengawal keselamatan dilihat sekadar tunduk membisu, tanpa memberikan sebarang perhatian terhadap kumpulan terbabit.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menggesa supaya Perdana Menteri mengambil keputusan segera dengan membubarkan Parlimen untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close