Duniaku TeknokratPilihan Editor

Nor Zahidi Dilantik Semula Ahli Luar Jawatankuasa Dasar Monetari BNM

Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelantikan semula Nor Zahidi Alias sebagai ahli luar bagi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Januari 2023.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata, Nor Zahidi adalah ahli luar bagi MPC sejak 1 Januari 2021.

Beliau ialah mantan Ketua Ekonomi di Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC).

Sebelum bertugas di MARC, beliau adalah Ketua Penyelidik dan Ketua Ekonomi di Alliance Merchant Bank serta Ketua Penyelidik di MCIS Zurich Insurance.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close