Kerajaan akan membelanjakan sepenuhnya peruntukan RM400 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan menambah siling RM15 bilion lagi, menjadikan jumlah keseluruhannya RM415 bilion, kata Datuk Seri Anwar Ibraim.
“Anjakan baharu bermula dengan menoktahkan kemiskinan tegar, menyelesaikan masalah asas prasarana dan keperluan asas rakyat termasuk memperbaiki sekolah dan klinik daif, menjamin bekalan air bersih, serta meneraju ekonomi Islam,” katanya ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK-12 di Dewan Rakyat hari ini.
Perdana Menteri berkata RMK12 juga akan dijajarkan semula dengan visi Ekonomi MADANI, yang menyasarkan pemerkasaan dan merancakkan ekonomi negara untuk tempoh sepuluh tahun.
“RMK12 memperuntukkan RM400 bilion bagi membiayai projek pembangunan sambungan dan baharu untuk tempoh 5 tahun. Bagi tempoh dua tahun pertama, prestasi perbelanjaan sebenar ialah 34 peratus. – BH ONLINE