GovernansMalaysiaPilihan Editor

PARLIMEN: RMK12 Semak Semula Projek Tiada Impak Ekonomi – Kata Bekas Menteri Kewangan II

Agensi kerajaan perlu menyemak semula projek yang tidak memberi kesan kepada ekonomi negara, selain perlu menggantinya dengan projek yang mempunyai kesan berganda.

Selain itu, Kementerian Kewangan mesti memantau rapat syarikat yang culas membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), supaya kutipan cukai boleh dipungut dengan lebih cekap dan boleh dipulangkan semula untuk manfaat rakyat.

Datuk Seri Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) yang mencadangkan perkara itu berkata, langkah itu penting untuk dilaksanakan oleh agensi kerajaan berbaki dua setengah tahun lagi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Bekas Menteri Kewangan II itu berkata, strategi itu boleh dipertimbang untuk mengembalikan semula ekonomi Malaysia ke hadapan selepas beberapa tahun tertinggal di belakang.

“Mana-mana pelaksanaan bajet yang diluluskan mestilah dilaksanakan secepat mungkin. Bayaran mestilah dibuat secara cekap dan pantas. Di samping itu, setiap peruntukan yang diluluskan mesitlah diguna-pakai secara efisien dan cepat.

“Sekiranya projek yang diluluskan sebelum ini tidak boleh memanfaatkan ekonomi, maka perlu disemak semula dan kita perlu cari projek ini supaya ia boleh memberi kesan berganda kepada ekonomi negara. Daripada situ, maka perbelanjaan swasta akan bersambung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut apa yang perlu dilakukan kerajaan dalam landskap ekonomi tidak menentu ketika ini, Johari mencadangkan supaya mana-mana syarikat yang memperoleh projek dipantau dan memastikan tidak terlepas daripada membayar cukai kepada LHDN.

Jelasnya, langkah itu penting kerana dapat membantu meningkatkan kewangan negara sekali gus boleh digunakan untuk membantu rakyat.

“Kita juga kena pastikan mana-mana syarikat yang mendapat projek ini, segala rantaian syarikat-syarikat ini mestilah dipantau. Mereka ini perlulah membayar cukai kepada LHDN supaya LHDN boleh dapat pendapatan.

“Ia kemudiannya boleh disalurkan balik kepada kerajaan dan persekitaran ekonomi ini akan berpusing. Akhirnya, akan membawa balik negara kepada landasan yang betul,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close