MalaysiaPilihan Editor

PRN6: Titik Keseimbangan Sosio-Ekonomi Rakyat Kijal Diusahakan – Razali Idris, Calon PAS DUN KIJAL

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Bertuahnya rakyat Kijal seandainya memilih Datuk Razali Idris, calon BERSATU membawa lambang PAS  sebagai wakil rakyat baharu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 pada 12 Ogos ini.

Ini kerana selepas lebih seminggu berkempen, Razali yang juga Ahli Dewan Negara turut mendapati, antara limpahan ekonomi di bandar Kijal ialah pembangunan koridor Kemaman-Dungun.

Kijal berada di tengah-tengah jajaran koridor ini sejak penemuan petroleum dan gas di luar pantai daerah Kemaman pada tahun 1976. Satu transformasi yang pesat melalui pelbagai program perindustrian dan pembandaran.

Ramai juga rakyat Kijal termasuk anak muda bekerja di Telok Kalong dan Kerteh selain Chukai kerana sudah banyak industri besar berasaskan petroleum dan gas, industri seperti besi keluli, serbuk batu kapur dan kejuruteraan paip keluli.

Limpahan projek perindustrian dan pelaburan begitu besar sekali – berpuluh bilion ringgit telah disalurkan. Jelas Pelaburan Langsung Asing dan Pelaburan Langsung Domestik memberi limpahan ekonomi yang lumayan, turut tempias pada Kijal ini.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri pimpinan PAS.

“Saya sedar kesan transformasi atas kepesatan pembangunan di daerah ini, menampakkan ketidakseimbangan dari segi taraf hidup dan kos sara hidup penduduk setempat.

“Inilah cabaran dan ikhtiar  saya apabila dipilih sebagai wakil rakyat DUN Kijal ini kelak, saya akan berusaha mencari titik keseimbangan yang membolehkan setiap rakyat Kijal mendapat manfaat yang kepelbagaian,’ kata Razali yang juga dikenali sebagai TokLi di daerah ini dan negeri Terengganu.

Razali juga memberi contoh, orang kampung di daerah Kijal yang mempunyai tanah-tanah pertanian dan kawasan milik tanah persendirian boleh melakukan perubahan guna tanah daripada pertanian dan belukar kepada bangunan menempatkan aktiviti ekonomi atau membina projek kediaman.

“Kawasan pesisiran pantai Kijal sehingga ke Teluk Kalong, TokLi akan mengusahakan dan memperkasakan aktiviti pelancongan dengan menjadikan tarikan nelayan pesisir pantai secara dekat malahan tangkapan nelayan ini boleh juga dijadikan hasil pendapatan lumayan kepada pengunjung menerusi pasar ikan dan hasil laut secara sepusat,” ujarnya lagi.

Gerai-gerai menjual makanan dan ala-hipster akan diperindahkan sebagai tempat beriadah dan mengopi bersama rakan-rakan dan ahli keluarga, terutama hujung minggu (Jumaat – Ahad) selain cuti umum dan cuti persekolahan.Pengusaha homestay akan diperkasakan dan dibantu dengan menjadikan KIJAL sebagai GOLD COAST PANTAI TIMUR ala-Malaysia.

Daerah Kijal juga mempunyai hutan termasuk bukit bukau dan sungai yang menarik dan boleh dijadikan tumpuan pelancongan aqua-eco serta pelancongan sukan. Mungkin akan disemarakkan dengan suasana festival yang menguntungkan orang kampung dengan kerjasama kerajaan negeri yang memberi pulangan lumayan.

Insya-Allah,  kata Razali yang juga melihat bahawa kepesatan perindustrian yang selari dengan sektor pertanian, perladangan, ternakan dan laut akan memberi manfaat yang sangat besar kepada rakyat KIJAL.

“Limpahan ekonomi hiliran ini, saya dapat melihat anak-anak muda waima berniaga kopi ala-hipster, gerai nasi dagang, kerepok lekor atau lemang Kijal sekali pun boleh meraih pendapatan tinggi berdasarkan taraf pendapatan rakyat Kijal yang baik.

“Untuk merealisasikan pembaharuan dan inovasi sosio-ekonomi dalam  merakyatkan ekonomi KIJAL KITE, jangan lupa undi atau pangkah PAS untuk TokLi pada 12 Ogos ini,” katanya. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close