MalaysiaPilihan Editor

KWSP Tutup Semua Cawangan Di Seluruh Negara Bermula 1 Jun

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup pejabat dan kaunter perkhidmatannya di seluruh negara bermula 1 hingga 14 Jun ini selaras dengan pelaksanaan fasa pertama sekatan pergerakan penuh.

Sehubungan itu, KWSP berkata semua sesi janji temu yang dibuat melalui saluran Janji Temu Online (JTO) dalam tempoh berkenaan akan dibatalkan.

“Ahli KWSP perlu membuat janji temu semula pada tarikh selepas tempoh sekatan pergerakan penuh berakhir jika ada keperluan untuk hadir di cawangan KWSP.

“Janji temu bagi pengeluaran umur 50, 55, 60 dan hilang upaya akan diberikan keutamaan apabila pejabat dan kaunter perkhidmatan KWSP beroperasi semula. Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan perhubungan individu secara bersemuka supaya rantaian jangkitan dapat diputuskan,” katanya dalam satu kenyataan.

“Perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti permohonan pengeluaran perumahan, umur 50, 55 dan 60, ahli hanya boleh melakukannya secara dalam talian melalui i-Akaun,” katanya sambil memaklumkan ahli boleh merujuk senarai perkhidmatan itu secara dalam talian.

Terdahulu, dalam kenyataan berasingan, KWSP mengumumkan penutupan sementara pejabat dan kaunternya di Kluang, Johor dan Kuala Terengganu, Terengganu bermula hari ini sehingga dimaklumkan kelak selepas kakitangannya di cawangan terbabit didapati positif COVID-19. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close