MalaysiaPilihan Editor

SPRM Tahan 22 Individu Dalam Operasi MITRA 2.0

Antara individu yang direman bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana MITRA. FOTO IHSAN SPRM
Antara individu yang direman bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana MITRA. FOTO IHSAN SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 22 individu dalam operasi di tujuh negeri semalam, berhubung penyelewengan dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

Jurucakap SPRM berkata, operasi dilakukan di di Perak, Selangor, Kedah, Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.

Katanya, mereka yang ditahan termasuk presiden badan bukan kerajaan (NGO), pengarah syarikat dan setiausaha persatuan yang terbabit atau diberikan geran MITRA bagi menjayakan program pembangunan sosio-ekonomi masyarakat India golongan B40.

“Daripada enam yang ditahan, mereka direman empat ke enam hari bermula hari ini di Mahkamah Majistret di Selangor, Kedah dan Putrajaya manakala 16 individu lagi dibebaskan dengan jaminan SPRM,” katanya kepada BH, hari ini.

“Tumpuan siasatan SPRM membabitkan dua fasa yang mana Fasa 1.0 memberi tumpuan kepada 27 syarikat, persatuan dan NGO menerima peruntukan antara RM1 juta hingga RM9 juta.

Sekitar Oktober tahun lalu, BH melaporkan SPRM akan meneliti lebih 200 syarikat, organisasi dan entiti disyaki terbabit dalam penyelewengan pemberian geran MITRA.

Ketika itu, kira-kira 18 orang pengarah syarikat juga ditahan untuk membantu siasatan dalam kes berkenaan.

Kata jurucakap itu lagi, operasi terbaru ini dinamakan sebagai Ops Mitra 2.0.

“Ia menumpukan kepada baki 17 syarikat serta pertubuhan yang tergolong dalam kumpulan menerima dana berjumlah RM1 juta hingga RM9 juta,” katanya.

Jelas jurucakap itu, SPRM turut bekerjasama dengan Kementerian Perpaduan Negara dalam siasatan ini termasuk menubuhkan pasukan khas siasatan dalaman bagi memberikan tumpuan ke atas 310 syarikat menerima peruntukan RM1 juta.

“Fokus siasatan dalaman ini akan meneliti semua bentuk permohonan, laporan perbelanjaan dan program dikatakan dilaksanakan penerima geran peruntukan MITRA dari tahun 2019 hingga 2021.

“Peruntukan paling tinggi yang diluluskan ialah pada tahun 2019 iaitu melebihi RM90 juta. Ia diluluskan kepada 205 syarikat, persatuan dan NGO. Daripada jumlah itu, terdapat lapan syarikat dikenal pasti memperoleh geran peruntukan lebih RM1 juta,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close